Pengenalan

SEJARAH PENUBUHAN PONDOK TUNJONG

Pondok Al-Fununiah Al-Ghazaliah telah ditukar nama
pada tahun 2019 diatas arahan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), nama pondok ini diambil sempena nama pengasas iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali Bin Haji Abdullah. Nama asal pondok ini ialah AlMadrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah atau juga dikenali sebagai Pondok Tunjong yang telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali Bin Haji Abdullah pada Tahun 1973 di suatu tempat yang bernama Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan. Pada awal penubuhan, pondok ini telah dibina
oleh almarhum tuan guru dan dibantu oleh penduduk setempat pada ketika itu diatas sebidang tanah yang dipanggil Kampong Dalam Nibong, Tunjong (tanah
mertua almarhum). Pada awal tahun 1974 pondok ini telah mula mengambil pelajar dari dalam dan luar negeri yang pada ketika itu pelajar tidak melebihi 70
orang
Bagi memperkembangkan lagi institusi pendidikan tradisional maka
pada tahun 1984 pondok ini telah berpindah ke tempat yang lebih luas
bernama Kampung Padang, Tunjong (tempat sekarang) yang merupakan tanah milik Almarhum Tuan Guru sendiri. Sebuah masjid dibina sebagai asas pembinaan pondok ini dengan kos perbelanjaannya RM 270,000.00 pada ketika itu. Hasil dari kutipan derma dan sumbangan dari pelbagai pihak maka pihak pondok dapat membeli beberapa lagi bidang tanah lain di sekeliling masid pondok bagi mendirikan penempatan guru, pondok pelajar lelaki dan perempuan. Tanah seluas lebih kurang dua ekar ini juga telah diwaqafkan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (MAIK) pada ketika itu
Setelah 8 tahun beliau berkhidmat di pondok ini, Almarhum Tuan
Guru Haji Mohd Abdul Ghani Bin Ismail pula menghembuskan nafas
terakhir pada tanggal 18 Mei 2010 jam 8.00 pagi di rumahny pada umur
51 tahun dan juga dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kubang
Kacang. Pada Julai 2010 Pentadbiran pondok di teruskan oleh Puan Siti
Juariah Binti Haji Ghazali (Anak Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali
Bin Haji Abdullah)sebagai Penasihat Pondok dan Tuan Guru Haji Yusof bin Ismail dilantik sebagai Mudir Pondok yang mana juga turut dibantu oleh ustaz dan ustazah yang lain. Sehinggalah pada tahun 2011 pihak pondok telah melantik Tuan Haji Mat Daud Bin Deraman (Menantu Almarhum Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali Bin Haji Abdullah yang baru) sebagai Pengerusi Pondok dan Ustaz Haji Mohd Nasharuddin Bin Haji Mohd Abdul Ghani (Cucu Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali Bin Haji Abdullah) sebagai Timbalan Mudir Pondok. Pada tanggal 17 September 2015, Tadbir Urus Pondok diserah sepenuhnya kepada Ustaz Tengku Ahmad Ridha Bin Tengku Mohamed (Cucu Tuan Guru Haji Mahyidin Mohd Ghazali Bin Haji Abdullah) setelah beliau pulang ke tanah air sehingga sekarang
Pada tahun 2023, maka genaplah usia pondok ini 50 tahun
pengoperasianya, hasil derma dan sumbangan orang ramai, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan turut membantu dalam sektor pembangunan pondok ini, maka pada masa kini banyak bangunan baru telah didirikan dan bangunan yang lama telah di baik pulih semula. Selain itu, pihak pondok juga menganjurkan aktiviti-aktiviti tertentu untuk menampung perbelanjaan pengurusan pondok seperti program daurah/pengajian kitab secara bersemuka dan tidak bersemuka (Facebook Live), kem cuti sekolah dan IPT, serta program
tahlil arwah pada bulan Ramadhan setiap tahun. Dengan adanya program sedemikian maka institusi pondok ini akan terus maju kehadapan serta dikenali ramai seiring dengan istitusi-institusi lain di malaysia. Wassalam.

SISTEM PENGAJIAN DAN TUJUAN PENUBUHAN

Sisitem pengajian yang di jalankan di pondok ini adalah sistem
pengajian turath (kitab kuning) dari kulit ke kulit. Keluasan kawasan
pondok ialah hampir 2 ekar yang meliputu kawasan masjid pondok,
bangunan pentadbiran, tempat belajar lelaki dan perempuan,
penempatan pelajar lelaki, penempatan pelajar perempuan dan staf
pondok. Pondok ini mempunyai 8 orang tenaga pengajar dan seramai 50 orang pelajar.
Tujuan penubuhan pondok ini adalah untuk melahirkan generasi
ulamak fahaman ahlu sunnah wal Jamaah yang beraliran Asya’irah
walmaturidiah dikalangan muda-mudi bagi menyebarkan dakwah
mereka. Selain itu tujuan penubuhannya juga adalah untuk membuktikan keunggulan pondok sebagai sebuah institusi pendidikan altenatif kepada masyarakat bagi mengahdapi cabaran semasa.